Nota Akhir

Ini adalah nota terakhir dari saya,

Ini adalah pos terakhir dari saya dan selepas beberapa tahun bersama dengan anda semua bagi menggantikan tempat deko. Kali ini masa untuk saya mengucapkan selamat tinggal kepada anda semua. Perjalanannya penuh dengan liku semenjak saya berada disini dengan komen-komen yang agak memberangsangkan.

Terima kasih kepada pengkritik-pengkritik kami seperti tnine80, komatsu, batang bergolek, potusa, keroyon, RiderUniverse, Checkmate, pakupakis, mafcukshitte, Onari, botolsusu, payungsebatang, hyperiang, antideko, gua ranggi, TVCRT, bolaneraka, coklatvodka, fantastrawberry, kipastenung, penyu mendarat, kapalkertas, betinagila, siputsedut, dan beberapa lagi orang yang saya tidak ingat namanya. Semua teguran yang anda berikan memang bermakna untuk kami dan saya juga tanpa anda (pengkritik) mungkin kami juga tiada disini apatah lagi nama Ayasaku. Dan saya masih ingat teguran terakhir Potusa pada pertengahan 2015 dimana kami digalakkan membaca "Manga" terlebih dahulu, sebelum meneruskannya bagi siri-siri yang ingin dibuat dan beberapa pemotongan dialog perlu dilakukan supaya tidak menjadi grup terjemahan malas. Selain itu juga dapat membuang semua dialog-dialog malas dengan penggunaan font-font terlalu kecil pada dialog dengan satu sindirin "Kalau malas buat dialog paling kecil, jadi tak perlulah potong dialog".

Selepas itu saya terpaksa membaca "Manga" atau "Novel" terlebih dahulu. Saya beranggapan mungkin dia tidak duduk ditempat seperti kami, Di mana di malaysia penduduknya sentiasa perlu bekerja dan jikalau boleh 24jam satu hari. Kepada peminat-peminat kami atau saya, saya doakan anda semua sukses dalam pelbagai bidang yang anda ceburi. Saya bersyukur dapat menyertai Ayasaku disebabkan sistem dibawa oleh Noel adalah kerja berpasukan dan sistem dalam Ayasaku sama seperti bekerja di syarikat besar salah satu darinya tidak mengabaikan kebajikan anggota, keadilan bagi anggota yang terlibat, kebenaran untuk bersuara jika tidak berpuas hati, bebas membina anggotanya sendiri untuk bersaing dikalangan anggota kami sendiri dan pelbagai lagi.

Bersaing sesama sendiri lebih baik dari bersaing dengan orang lain dimana kita akan tahu, apa kelebihan yang kita ada untuk tonjolkan pada umum. Disebabkan kelebihan yang ada pada saya, lalu saya membuat banner-banner dibahagian header seperti diatas supaya nampak lebih menarik dan juga penambahan pautan-pautan bergambar. Pesanan saya untuk kali terakhir untuk semua "semoga kita berjumpa lagi" dan saya tidak tahu entah bila laman ini akan aktif semula seperti sediakala. Jikalau telah diaktifkan semula, saya ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang telah sudi membacanya.

Yang benar,
Nomy Elstrada,
Jan 2015 - Dec 2017